Peraturan Rasmi Bermain Batu Seremban
CARA BERMAIN Dalam permainan batu seremban, ada beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan.
Peraturan Rasmi
Peraturan Bermain Batu Seremban
Dalam permainan batu seremban, ada beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan.
Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,
Buah Dua
Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
Buah Tiga
Buah tiga ada sedikit perbezaan.
Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Buah Empat
Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang
berada di lantai dengan serentak.
Buah Lima
Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempatempat
biji buah diatas lantai dengan serentak.
Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama,
empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas
lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
Buah Enam
Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi
buah ibu.
Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus
ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.
Buah Lapan
Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.
Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.
Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain
dengan sekali gus
Timbang
Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia
haruslah timbang untuk mendapat mata.
Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
Tangkap batu seremban yang ada di tangan
Batu yang dapat ditangkap = 1 mata
Batu yang dijatuhkan = 0 mata
Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.
Tamat Permainan
Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini,
pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.